30 tahun lepas, pada 29 Oktober 1994, Rakan Muda dilancarkan buat pertama kalinya dengan 9 Gaya Hidup yang ditawarkan, termasuk:
1. Rakan Sukan ⚽
2. Rakan Waja Diri 💪
3. Rakan Cinta Alam 🌱
4. Rakan Seni Budaya 🎭
5. Rakan Reka Cipta 🛠️
6. Rakan Wirausaha dan Wiramahir 💼
7. Rakan Kecergasan 🏋️
8. Rakan Masyarakat 🤝
9. Rakan Rekreasi 🏞️
Sekarang, Rakan Muda diberikan pendekatan segar menerusi 10 Gaya Hidup:
1. Rakan Aktif 🏃
2. Rakan Bumi 🌍
3. Rakan Demokrasi 🗳️
4. Rakan Digital 💻
5. Rakan Ekspresi 🎨
6. Rakan Litar 
7. Rakan Mahir 👷
8. Rakan Muzik 🎶
9. Rakan Niaga 🛍️
10. Rakan Prihatin ❤️
Dan bersempena ulang tahun ke-30 Rakan Muda pada tahun ini, kami nak ajak anda turun ke Fiesta Rakan Muda!
“Ada apa di Fiesta Rakan Muda ni?”
Di Fiesta Rakan Muda, anda boleh alami sendiri banyak aktiviti-aktiviti dari kesemua SEPULUH Gaya Hidup di satu tempat sahaja! 🎉
Pendek kata, Fiesta Rakan Muda ini ibarat buffet lah—anda boleh cuba banyak Gaya Hidup dalam satu tempat selama DUA HARI! Lepas mencuba, barulah anda tahu kelebihan setiap Gaya Hidup, kan? Dan Gaya Hidup yang mana satu paling dekat di hati anda.
Jadi jom ramai-ramai turun ke Fiesta Rakan Muda! Ajak kawan-kawan dan keluarga bersama-sama, dan rasai pengalaman hebat yang ditawarkan oleh 10 Gaya Hidup Rakan Muda! 🌟
📅 9 – 10 November 2024 (Sabtu dan Ahad)
📍 the Curve, Mutiara Damansara
Jumpa anda di sana! ✨
#FiestaRakanMuda #RakanMuda30Tahun
#RakanMuda #YakinBoleh #MalaysiaMADANI #TeamKBS
#TeamJBSN #JBSNKomited #theCurve #theCurvemall #theCurveMutiaraDamansara